About Me

My photo
ALLAH is closest to those with broken hearts =)

Monday, November 17, 2008

Ratuku..

Ratuku..
ingin kuluahkan
apa y sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga2 berguguran
dipetik tangan2 yg ganas
lagi bernafsu serakah...

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal
apabila ku mendengar
dengungan kumbang perosak
yg cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu...

Ratuku..
kebimbanganku ini bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yg x segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yg sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga2
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa y kulihat
hari ini
semakin banyak
bunga2 gugur
bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukanlah kuharap
kau segigih SIti Hawa
yg berlari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yg tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah
bukan juga Rabiatul Adawiyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak berharap sedemkian rupa
cukuplah sekadar mencontohi
bnga2 itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu2 syurga..

Ratuku..
tidak perlu kau risau
kdgkala musim berganti
sehingga bunga
x dpt kembang mekar

Ratuku..
esok musim bunga
pasti akn tiba
dan kau akan mmpu berkembang lagi
cuma yg kuharapkan ketika itu
kau jagalah kelopakmu itu
jgn smpai
tgn2 kasar
memetikmu lagi
jgn goda kumbang2 ganas
meghisap madumu
jgn biarkan gagak2 hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun aku mengakui
kadangkala aku tertarik
memandangnya
tapi
bukan itu y kuharapkan..

Ratuku..
aku yakin
kau mampu menjadi
bunga2 harum terpelihara
dan mahligai syurga
itulah tempatnya..


**moga penawar itu pembawa ceria dihujung cerita**

No comments: