Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit luka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu..
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yg remuk menderita
mempunyai pelbagai tafsiran..
Segala takdir
terimalah dgn hati yg terbuka
walau terseksa ada hikmahnya..
Harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
ALLAH mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan dan kesabaran
sedang rasa terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya..
Segala takdir
terimalah dengan hati yg terbuka
walau terseksa ada hikmahnya..
ALLAH rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu..
**moga penawar itu pembawa ceria dihujung cerita**
No comments:
Post a Comment